- 10:00 pagi - Hantar Naael ke sekolah. Terus berjalan kaki ke Keio Hachioji untuk pemeriksaan kandungan... dah 37 minggu :D
- 10:52 pagi - Naik bus dari Hachioji ke Tokai Daigaku Byoin
- 11:10 pagi - Ujian darah, air kencing, berat badan dan darah tinggi ... alhamdulillah... semua ok
- 12:10 pagi - Ujian untuk melihat kesihatan jantung(heart beat) bayi selama 30 minit. Ujian adalah untuk mengesan sakit contraction dan bayi sihat atau lemas. Nurse beritahu bayi sihat. Alat yg digunakan sama macam di LR(Labour Room) kat Malaysia.
- 13:30 ptg - Ujian imbasan(ultrasound) dilakukan. Bayi dah 2500gm dan diameter kepala dah capai 9cm.... bayi sihat... alhamdulillah!
- 14:10 ptg - Ujian vagina(VE) dilakukan. Laluan untuk bayi keluar dah buka(dilated) 3cm. Mungkin rahim tengah mengeras ketika ujian dilakukan - sedikit pendarahan berlaku. Sensei masukkan tampon dan disarankan memakai pad.
- 15:00 ptg - Pembayaran dilakukan dan semua selesai. Menaiki bas pulang ke rumah.
- 15:15 ptg - Singgah di Lerepas untuk beli roti makan tgh hari... lapar sangat2 sbb tak sempat nak makan apa pun :(
- 15:45 ptg - Sampai di rumah.
- 16:00 ptg - Tunggu Naael balik. Makan petang bersama Naael. Lapar sungguh!! Check pad.. rupa2nya darah tak berhenti. Call Hubby dan hospital. Call kawan - bidan bersalin.
- 16 ~ 17 - Hubby call kata hospital suruh pi check balik. Kawan akan datang ambil. Dalam masa yang sama contraction ada sikit2... tapi tak kuat. Siapkan beg baju.
- 17:30 ptg - Kawan datang ambil untuk ke hospital. Terus ke bahagian kecemasan. Disuruh duduk atas kerusi roda... tapi tak mahu sbb tak sakit ;P
- 17:40 ptg - VE dilakukan sekali lagi oleh Sensei yang sama... laluan dah buka sebanyak 4cm. Untuk hentikan pendarahan.. diletakkan 'gaze' sebanyak 3 lapis... sakitnya Ya Allah!!
- 17:45 ptg - Terus dimasukkan ke LR untuk ujian contraction. Alat seperti pagi tadi... contraction tak kuat... jadi tak rasa sakit.
- 18:00 mlm - Nurse sarankan ditahan di wad bersalin kerana kalau berterusan mungkin akan bersalin. Diberitahu anak kedua lebih senang keluar dan susah dijangka. Call hubby.
- 18:15 mlm - Nurse datang beri makan yang dibeli oleh kawan kerana sudah lebih masa makan malam di hospital. Naael dijaga oleh kawan diluar LR. Kawan telefon hubby suruh bawa beg baju dan surat2 untuk masuk hospital. Contraction masih lagi tak kuat.
- 18:40 mlm - 10 minit sekali nurse datang check. Bayi sihat dan cergas. Mintak untuk pulang ke rumah sbb tak sakit. Nurse berbincang dgn Sensei dan dibenarkan pulang dengan syarat apabila sakit sahaja terus datang ke hospital dalam masa 10 minit... yeaaay!
- 18:45 mlm - VE sekali lagi dilakukan. Kain 'gaze' digantikan dengan tampon. Kawan call hubby untuk beritahu tak jadi dimasukkan ke wad... hehheheh... boleh terus pulang. Hubby dalam perjalan pulang ketika ini. Tunggu Naael habiskan makanan. Rupa2nya kawan belikan makan malam sekali untuk Naael... kenalah tunggu dia makan sampai habis. Rahim masih lagi mengeras beberapa kali.
- 19:00 mlm - Pulang ke rumah. Kawan temankan sehingga hubby sampai di rumah. Disarankan berehat dan kurangkan bergerak untuk memanjangkan tempoh bayi di dalam kandungan kerana bayi terlalu kecil. Kadang2 boleh sampai seminggu ke 2 minggu :D HEAVEN!!!!! sbb dok tidoq saja.... ahhahahahahha....
Conc : Alhamdulillah baby sihat... sampai skang still OK... mak jangan risau naaa... klau Kak Yong sakit... Kak Yong call mak bg tau naaa.... contraction masih tak kuat... kekadang ada kekadang tak dak... on and off... huiiissshhh hari yg mendebarkan sungguh!!